Negara Naungan Seluruh Palestin فلسطين | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1948–1959 | |||||||||
Status | Pengiktirafan separa Negara pelanggan bagi Kerajaan Mesir dan kemudiannya Republik Mesir | ||||||||
Ibu negara | Baitulmaqdis (didakwa) Bandar Gaza (de facto 1948) Kaherah (de facto 1949–59) | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Arab Palestin | ||||||||
Agama | Islam, Kristian | ||||||||
Kerajaan | Republick | ||||||||
Presiden | |||||||||
• 1948 | Amin al-Husaini | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1948 | Ahmed Hilmi Abd al-Baqi | ||||||||
Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||
• Didirikan | 22 September 1948 | ||||||||
1949 | |||||||||
1952 | |||||||||
• Pemerintahan dibubarkan (kecuali jawatan Perdana Menteri)[2] | 1953 | ||||||||
1956 | |||||||||
• Dibubarkan | 1959 | ||||||||
Mata wang | Paun Mesir | ||||||||
Kod ISO 3166 | PS | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Genting Gaza |
Negara Naungan Seluruh Palestin, atau ringkasnya Seluruh Palestin, juga dikenali sebagai Negara Naungan Gaza dan Genting Gaza, ialah sebuah negara pelanggan berjangka hayat pendek dengan pengiktirafan terhad, di kawasan yang kini merupakan Genting Gaza, yang ditubuhkan di kawasan yang ditawan Kerajaan Mesir semasa perang Arab-Israeli 1948 dan dibenarkan untuk menggerakkan sebuah negara naungan di bawah Kerajaan Seluruh Palestin. Negara Naungan ini diisytiharkan pada 22 September 1948 di Bandar Gaza, dan Kerajaan Seluruh Palestin dibentuk. President pentadbiran ini ialah Syeikh Amin Al-Husaini, bekas pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Arab, sementara Perdana Menterinya ialah Ahmed Hilmi Pasha.[3] Pada Disember 1948, selepas tiga bulan diisytihar, Kerajaan Seluruh Palestin ditempatkan di Kaherah dan tidak dibenarkan kembali ke Gaza, menjadikan ia sebuah pemerintahan buangan. Dengan resolusi lanjut dari Liga Arab untuk meletakkan Genting Gaza di bawah perlindungan rasmi Mesir pada 1952, Kerajaan Seluruh Palestin secara berperingkat diusir dari kekuasaan mereka. Pada 1953, kerajaan tersebut dibubarkan pada namanya, walaupun Perdana Menteri Palestin, Ahmed Hilmi Pasha tetap menghadiri mesyuarat Liga Arab bagi pihak dirinya.[2] Pada 1959, negara naungan ini secara undang-undangnya (de jure) bergabung dengan Republik Arab Bersatu, sementara secara hakikatnya (de facto) menjadikan Gaza sebagai kawasan pendudukan ketenteraan Mesir.